Jumlah Paparan Halaman

SELAMAT DATANG KE SERAMA CJ KEDAMAIAN.

BERKONGSI MINAT DALAM DUNIA SERAMA.

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Rabu, 8 Januari 2014

MAT FLOOD

Assalamualaikum dan Morning. terlebih dahulu cjk memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana diberi kesempatan untuk bermain serama.

Lahir dikala banjir besar melanda Kuantan, lebih tepat di teratak Permatang Badak Indah, lahir 5 beradik mati tiga ekor. CJK namakan dia sebagai MAT FLOOD... harap2 male lah. Andaikata betina jadilah dia Mek Flood. anak kpd Pak Abu + Induk Husin King. Adakah? warnanya menjadi rinting atau kelabu menjadi persoalan?? menpunyai sepasang kaki dan paruh seperti Abu Libas.. cuma bulu eksesori campuran husin.

 Dialah penawar duka, Dialah penawar hati. Apa tidaknya sudah menjadi kebiasaan sebelum banjir, reban cjk tak sunyi dari keriuhan 20-30 ekor anak a dan anak b. Sekarang hanya mereka berdua shj yg tinggal. CJ fokuskan kpd Mat Flood kerana dia dah pandai menunjukkan diri. adiknya masih malu2..
Breeding serama sesungguhnya memerlukan kesabaran.. Alhamdulillah buat masa ini sudah 7 ekor induk sedang mengeram. Mat Flood pasti akan mendapat adik2 dan anak2 sedara yg baru tidak lama lagi. dan seterusnya kembalilah kemeriahan suara2 kecil di reban SeramaCJK.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...