Jumlah Paparan Halaman

SELAMAT DATANG KE SERAMA CJ KEDAMAIAN.

BERKONGSI MINAT DALAM DUNIA SERAMA.

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Sabtu, 31 Disember 2011

HAPPY NEW YEAR 2012

Ambillah waktu untuk berfikir,
itu adalah sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk bermain, 
itu adalah rahsia masa muda yang abadi.

Ambillah waktu untuk berdoa,
itu adalah sumber ketenangan.

Ambillah waktu untuk belajar,
itu adalah sumber kebijaksanaan.

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,
itu adalah hak istimewa yang dikurnia Allah.

Ambillah waktu untuk bersahabat,
itu adalah jalan menuju kebahagian.

Ambillah waktu untuk tertawa, 
itu adalah muzik yang menggetarkan jiwa.

Ambillah waktu untuk memberi,
itu adalah membuat hidup merasa bererti.

Ambillah waktu untuk berkerja,
itu adalah nilai keberhasilan.

Ambillah waktu untuk beramal kepada Allah, 
itulah kunci menuju syurga...

From CJ Kedamaian 31 Dec 2011 22:33pm

AnakAnak Kijang Mas Fasa 2

Anak yg berdarah baka Husin kali ini CJk akan simpan sampai Anak B kerana mahu melihatnya sendiri hasil baka Kijang Mas direban Seramacjk. Anak-anak Fasa 1 sebanyak 12 ekor telah dijual semasa anak A lg. Jual pula kepada org2 biasa yg ingin membela serama. walaubgmanapun anak betina video dibawah satu2 baka Kijang Mas fasa 1 yg CJK simpan. Semoga Generasi yg kedua ini akan menampakkan hasilnya. Kepada yg berminat CJK minta maaf kerana CJk akan buka harga selepas bergelar remaja.

Jumaat, 30 Disember 2011

Anak Betina Baka Kijang Mas

Video Anak tino sulong baka Kijang Mas bersama induk reject. Adik beradiknya sudah dilamar orang semasa anak A. Alhamdulillah anak2 Kijang Mas kini semakin menampakkan hasil dan mula diminati..
 
 

Isnin, 26 Disember 2011

Anak Anak Kijang Mas

Alhamdulillah anak-anak Kijang Mas membesar dgn baik. 6 beradik ini adalah hasil kacukan Baka Husin + Induk Reject.

Jumaat, 9 Disember 2011

Testing Anak A

Anak baka Kijang Mas ini adalah hasil pertama dengan induk reject. Ada 6 beradik dan harap2 membesar dgn sihat. Ada perubahan dari anak-anakan sebelum ini. Kalau menjadi mungkin inilah teras pembaka direban SeramaCjk.

















Selasa, 29 November 2011

New Jaya Baru Pulih.

Hampir sebulan New Jaya menghidap sejenih penyakit puru, bukan saja di kepala malah di punggung dan badan kena juga. memang merana dan tak sanggup melihat kesakitannya. Ditambah pula kesibukan CJK berkursus pd waktu itu. Setelah melakukan pelbagai ubatan akhirnya New Jaya semakin pulih.
Antara ubatan yg digunakan adalah:
1. minyak gamat
2. minyak kaki tiga
3. minyak goreng ikan & bawang putih

Sabtu, 26 November 2011

Latihan Untuk Breeding (Baka Kijang Mas)

Baka Kijang Mas merupaka pembaka utama di Reban Seramacjk. dan ini adalah latihan untuk menguatkan otot2 untuk tujuan pembaka. bukan untuk tujuan ke bon/pertandingan kecantikan serama. Sejak ujian ini dirintis selama 6bulan alhamdulillah telur2 daripada induk muda mahupun induk tua mempunyai benih 100%. Apapun, yg penting adalah pemilihan untuk memilih ciri2 pembaka hebat perlu ada.

Latihan di atas pasir juga penting untuk menjadi pembaka yang baik. Kijang Mas adalah ciri2 pembaka serama A yg berbadan halus dan terkini. walaupun sudah hampir setahun diberi dedak penelur dgn campuran jagung dan dedak hitam/daging. namun badannya tetap mentain. anak2nya kini sudah mula di sunting org dan itulah rezeki yg Allah bagi.... perhatikan selangkah gayanya... itulah gaya baka hussin sebenarnya.

Dan yang terakhir adalah latihan pembaka dalam tirai besi yg sempit. Sesuai untuk menjinakkan pembaka2 yang agak ganas dan liar.

Ahad, 20 November 2011

Black Maria Beraksi

Sekali sekala CJK bagi Super Black ini bermain di pasir agar bertambah segar dan cerdas... hehe.
 
 

 

Jumaat, 4 November 2011

Jumaat, 30 September 2011

KIJANG MAS

Ayam berasal usul daripada baka Husin. CJK namakan Kijang Mas senpena susur galurnya drpd baka Husin Kijang, mempunyai bentuk badan yg halus dan sangat menarik. Walaupun ayam tidak tarik selam namun sesiapa saja yg memandang pasti teruja dgn bentuknya yang kecil halus.. anak pertamanya baru berumur seminggu. alhamdullillah ada 3ekor bersama induk kelabu Cikgu Loh.


















Kijang Mas suka sangat mengangkat kaki sebelah





























Rabu, 28 September 2011

Mas Putih

Satu-satunya anak dara gemulah bapak Limbat dengan induk champion Tumpat yg CJK simpan... Walaupun Mas Putih dari darah induk yg huduh2, malah dikatakan dari cuting ayam serama dulukala namun CJK tetap menyimpannya untuk ekperimen. dengan ini maka berakhirlah baka champion tumpat pure direban CJK. Mas Putih saja lah yg tinggal sbg kenang-kenangan. tgk lah anak2nya nti dgn bapak2 terkini.

Sabtu, 24 September 2011

SUPER BLACK- SeramaCJK

Diberi nama Super Black. Dalam kesibukan dia lah penyeri reban yg memberi kedamaian. Ayam masih belum siap namun aksi2nya sangat mengkagumkan. Beberapa photo Super Black yg diambil hanya menggunakan hp csl.

Baru  lepas di mandikan. Hampir 2 bulan ekor meluruh dan kini baru mula nak tumbuh.

                                                                                            
Kibasan Melonjak yg jarang2 boleh dilihat.















Postur badan yg agak kuat. Sesuai untuk dijadikan pembaka.

































Rabu, 21 September 2011

Yang di Tunggu sudah muncul...

Ini lah anak pertama (5 ekor) yg dinanti-nanti2kan sekian lama dalam projek uprade seramaCJK. Nyata sekali byk perbezaan yg ketara berbanding anak2 baka dahulu dan yg terpilih (skarang). Anak2 A ini adalah hasil dari pembaka Hussin + Induk Rejet.


Mempunyai lonjakkan badan yg sangat tinggi, bulu yg kemas dan keterampilan yg menonjol. tak tahu lah jantan ke betina.














Tubuh rendah sedikit shj, Gaya lonjakan yg sama, kuat memanggil sbb masih lagi bersama ibunya. Perangai dan gaya agak garang. Berwarna kuning. masih tak pasti jantan betina. emm..













Mempunyai tubuh slim dan kuat jinjing, pandai bergaya dan tidak turun meja walaupun kali pertama berjauh dgn ibu. harap2 ikut ciri2 bapaknya (New Irama)... adik beradik New Irama dgr khabar sudah mula beraksi di meja pertandingan serama. dan salah sekornya telah dijual dgn harga yg sangat tinggi.. Tak payahlah CJK sebut....











Sama juga.. mempunyai gaya lonjak yg tinggi. baru saja segar krn paruhnya digigit nyamuk.














Mungkin ini yg bongsu, sangat susah untuk diambil gambar krn mek ini malas nak bangun. satu2 yg jelas betina... berpuluh2 CJK snap photonya hingga sampai ke senja. susah betul. memang menguji kesabaran..











Kemungkinan besar 4 ekor anak diatas adalah jantan. dan mungkin semuanya berwarna pinang masak muda..

Ahad, 18 September 2011

New Jaya

Sudah seminggu New Jaya dikawinkan dengan induk dara pilihan. ada sedikit perubahan yg berlaku pada new jaya. Perangai dan tariknya semankin ke depan. Harap2 ada benih dr new jaya yg menjadi.


Umur baru 6 bulan.. ekor masih belum meluruh.















Rabu, 14 September 2011

Baka Kelabu

Umur lebih kurang 4bulan, ayam berasal dari batu rakit Kuala Terengganu. Ayam sangat kuat dan suka mematuk tangan tuan. Perangai baru nak datang tetapi kurang mengibas. Akan menjadi pembaka utama di reban SeramaCJK.













Walaupun tidak sempat dimandikan lagi. namun ayam sudah pandai bergaya dan mudah untuk mengambil gambarnya.











Anak dari hasil reban sendiri. Tinggal sekor saje, adik beradiknya sepasg sudah diambil org. Baru jer datang perangai ciri2 gemulah bapaknya "limbat" jelas pada gaya berjalan. Tp CJK tak tahu lg apa akan jadi sbb induknya tidaklah sehebat mana lgpun inilah generasi pertama projek uprade seramaCJK. tgklah bila dewasa nti. Bapaknya baka limbat + induk Champion Tumpat. Masih byk lagi photo2 anak gemulah bapak limbat akan muncul, kalau ada masa CJK akan posting pada masa akan datang. CJK juga tidak sabar melihat anak2 terakhir baka limbat ini bersama induk kelabu cikguloh. Baru umur 3minggu, ada 3ekor shj. harap2 ada jantan sekor...
















Selasa, 16 Ogos 2011

Hasil Breeding Pertama...

Kali ini CJK tunjukkan hasil cross breeding yg pertama... Bapak Limbat + Induk Champion Tumpat. Bapak limbat ini telah dikawinkan dengan 4ekor induk champion tumpat secara berasingan. Induk Champion Tumpat ini bukanlah baka tersohor pada zaman kini. tetapi pada era 90-an dia antara induk2 yg paling hebat. Hasil yang dapat CJK perhatikan anak yg keluar dibawah ini pelbagai patern, sama ada dari segi eksoseri dan juga gaya. Adalah 2/3 ekor yg bergaya dan akan diberi perhatian lepas raya nanti. Sekira percubaan breed ini tidak memuaskan hati CJK maka ????... walaupun begitu CJK telah membuat keputusan akan menyimpan juga baka ini sebab bapak limbat tersebut telah pun mati pada minggu lepas. Harap anak2nya dengan induk baka cikgu Loh akan menetas beberapa hari lagi. Sebenarnya Induk baka kelabu inilah yg dinanti2kan oleh CJK hampir setengah tahun, lebih2 lagi dikawinkan dengan bapak limbat yg mati itu. sedih jugak lah sebab bapak limbat itu adalah hasil pemberian seseorang yg sangat baik hati.

Anak pertama : Lahir 4 ekor dan sekor anok tino tur sangat menarik dari segi gaya badan dan berjalan. tunggu lah nanti CJK akan postingkan photo2 nya.









Anak Kedua : menetas dari 2 induk tetapi masih lagi mengekalkan baka yg sama. ada 2ekor yg nampak ketara berlainan. Manakala yg jantan belakang tur akan diberi perhatian.









Anak ketiga ini masih lagi dari baka yg sama. macam2 ado...









Kalau ada rezeki tunggu kemunculan anak2 Bapak Limbat + Induk Kelabu. Sekian assalam....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...