Jumlah Paparan Halaman

SELAMAT DATANG KE SERAMA CJ KEDAMAIAN.

BERKONGSI MINAT DALAM DUNIA SERAMA.

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Selasa, 28 Disember 2010

INDUK MUDA

 SELASA 28/12/2010- 11pm
INILAH INDUK TWINS GENERASI 1 SERAMACJK. BIASA2 AJER...

MAS RINI
 
 MAS RINI BUKAN LAH PERHATIAN SERAMACJK 2011,NAMUN KERANA INDUK SUSAH NAK DAPAT, CJK TETAP JADIKAN PEMBAKA DAN AKAN DIKAWINKAN DENGAN DATUKNYA SENDIRI  PELURU HITAM DARI BAKA LIMBAT. KITA TENGOKLAH NANTI....







                                            MAS RINA


  MAS RINA PULA AKAN DIKAWINKAN DENGAN ABANGNYA SENDIRI IAITU BESI PELURU (ANAK GENERASI PERTAMA MAS IDAYU). HARAP2 AKAN KELUAR BAKA2 DARI BESI PELURU KERANA BESI PELURU ADALAH  SATU2NYA BAKA HEBAT SERAMACJK SEKARANG.

ASAL-USUL SERAMA

Selasa 28/12/2010 -2pm 

Sejarah Ayam Serama

Tiada catatan bertulis mengenai sejarah asal usul Ayam Serama ini.

Maklumat tidak rasmi (perbualan orang ramai) mengatakan ayam serama ini berasal dari Kelantan. Ayam Serama yang ada sekarang adalah hasil daripada kacukan baka itu dengan beberapa ekor burung eksotik seperti Burung Hutan, Bantam dan juga Merpati. Setelah banyak kacukan dilakukan, ayam serama yang asal pun dihasilkan.

Ayam-ayam serama baka asal ini sebaliknya masih belum ditemui di pusat penternakan ayam kami. Ia merupakan cikal bakal kepada baka yang ada sekarang. Ayam Serama yang ada pada hari ini terhasil daripada kacukan baka yang dilakukan secara teliti.

Oleh kerana tren sekarang yang menekankan 1Lebih kecil ukuran ayam, lebih baik', maka para penternak sedang memperbaiki baka yang sedia ada sama ada mengenai ukuran, karaktor, struktur kecantikan keseluruhan ayam tersebut.

Nilai komersil Ayam Serama

Ayam Serama yang ada pada hari ini adalah hasil kacukan dari pelbagai spesis terutama burung seperti burung hutan, ayam kerdil Thai dan juga Bantan. Kecantikan fizikal ayam ini telah menawan pelbagai lapisan masyarakat. Selain menghiburkan hati pemiliknya, ia juga sangat mudah dan murah untuk dipelihara.

Sering dikatakan bahawa ayam serama ini tidak dapat dinilai dengan wang. Ada sebuah kisah yang menceritakan bahawa terdapat seorang penggemar yang menolak tawaran untuk menjual ayam miliknya itu dengan cek kosong. Namun, tawaran tersebut ditolak. Anak ayam dari baka juara boleh dijual pada harga RM1,000 hingga RM2,000 seekor manakala anak ayam yang agak dewasa di antara RM2,000 hingga RM10,000.

Harga pasaran bagi ayam bergelar juara pula berkisar antara RM10,000 hingga RM80,000. Bagaimanapun, tidak ada harga yang tetap dalam urusan jual beli. Semuanya bergantung kepada rundingan antara pembeli dan pemilik ayam tersebut.

Ayam ini juga dapat menjadi binatang peliharaan kesayangan seluruh ahli keluarga.

Kategori umur bagi ayam serama yang sihat ialah seperti berikut:

Grade 3A beratnya dibawah 250gm
Grade 1A beratnya dibawah 350gm
Grade B beratnya dibawah 500gm

Diharapkan anda tidak keliru dengan baka ayam kecil yang lain seperti Ayam Kapan, Ayam Katik dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, harga ayam ini berkait rapat dengan kategori beratnya. Ini kerana lebih kecil ayam tersebut, maka lebih sukar untuk melakukan proses kacukannya. Disamping itu, bilangannya juga sedikit. Berdasarkan faktor-faktor itulah yang menyebabkan harganya menjadi mahal.

Kami menjangkakan dengan peredaran masa dan penggunaan hasil penyelidikan dan pengembangan (R & D) terhadap kacukan ayam serta sokongan pihak korporat dan Kerajaan, maka masa depan ayam serama akan menjadi lebih menarik dan cerah.

Kami juga berharap agar ayam yang memiliki keindahan yang mengkagunkan ini dapat dihasilkan dengan lebih banyak dan murah agar ia mampu dimiliki oleh semua orang. Potensi sebagai haiwan peliharaan keluarga di negara ini juga semakin cerah.

Pengurusan
a. Anak ayam - Hari 1, 2 & 3

Anak ayam yang baru menetas dapat bertahan tanpa makanan dan air selama tiga hari. Manakala anak ayam yang ditetaskan melalui kaedah inkubator pula akan dibiarkan selama 48 jam untuk mengeringkan bulunya. Kemudian ia boleh dipindahkan ke dalam kotak kayu khusus yang dilengkapi dengan alat pemanas biasana mentol berkuasa 15 watts dan aksesori lainnya.

b. Anak ayam - Hari 4-90

Kotak kayu dapat menampung anak ayam dari umur 3 hingga 90 ahri. Berikut adalah peralatan yang diperlukan:-

i. Sumber panas selama 24 jam
Lampu/mentolberkuasa 10 hingga 15 watts hendaklah dinyalakan selama 24 jam. Mentol hendaklah digantung dua inci dari paras tinggi anak ayam. Ini untuk mengelakkan pancaran cahaya secara langsung kepada matanya. Pancaran cahaya yang berlebihan akan mengakibatkan stress mata dan masalah-masalah lain kepada anak ayam. Punca panas atau haba selalunya diletakkan di salah satu sudut kotak.

ii. Lantai
Alaslah lantai kotak dengan 3 atau 4 helai kertas surat khabar. Sewaktu melakukan kerja pembersihan harian, buanglah lapisan yang atas sahaja. Lapisan yang bawah masih boleh digunakan untuk hari berikutnya. Jangan gunakan kertas yang keras dan licin. Ini berbahaya kepada kaki anak ayam. Oleh itu, gunakanlah kertas yang lembut dan tidak licin.

iii. Cawan makanan dan air
Anda boleh membuatnya sendiri. Gunakan botol mineral yang bentuknya persegi berukuran 0.5 liter (500 ml).

Makanan dan air yang dijual di kedai haiwan peliharaan juga boleh digunakan. Namun, ia haruslah disesuaikan dengan ketinggian dan perkembangan anak ayam.

iv. Kebersihan keseluruhan
Secara amnya, lebih bersih persekitaran akan lebih sihat anak ayam anda. Oleh itu, jagalah kebersihan kotak tersebut sebersih yang mungkin. Pembuangan najis dan surat khabar hendaklah dilakukan setiap hari. Bekas air haruslah dibasuh setiap dua hari sekali. Ini untuk mengelak jangkitan dari najis itu sendiri. Makanan dan air hendaklah diganti setiap hari.

v. Bentuk binaan kotak kayu
Biasanya kotak buatan sendiri ini menggunakan bahan-bahan seperti papan lapis serta dilengkapi dengan sumber haba dan aksesori lain.

Adalah bijak untuk menempatkan sumber haba di suatu bahagian. Ini untuk memastikan haba terpusat dan berkekalan di satu sudut sementara bahagian lain bebas haba dan dingin. Jadi apabila anak ayam membesar, ia mempunyai pilihan untuk berada dekat dengan sumber haba atau menjauhinya. Cara yang paling mudah untuk mengasingkan haba atau sumber haba ini ialah dengan menggunakan kotak kertas yang berukuran 8 inci x 8 inci panjang x 8 inci tinggi di mana dua sisinya dibuat lubang seperti pintu (cukup besar untuk memasukkan tangan) dan mencapai soket mentol yang tergantung.

Sediakan sebatang kayu kecil dengan diameter lebih kurang 1/2" diletakkan mendatar/melintang kotak. Semakin ayam membesar, ia mungkin memerlukan kayu untuk bertenggek sama ada untuk tidur atau sebagai tempat berehat. Ia juga dapat membentuk kaki yang kuat dengan mencengkam kayu tersebut.

Pintu kotak haruslah dibuat daripada besi dan dilapiskan dengan jaring seperti jaring nyamuk untuk mengelakkan penceroboh seperti kucing, tikus atau binatang lain di waktu malam.

Kotak juga hendaklah diletakkan di dalam rumah. Pilihlah satu sudut yang udara di dalamnya beredar dengan baik tetapi jauh daripada pancaran matahari atau hujan.

Berjemur dan bermain pasir

Apabila anak ayam mencapai umur satu setengah bulan dan seterusnya, anda boleh membiarkannya berjemur. Ini dapat merehatkannya di samping pancaran matahari dapat membunuh bakteria di celah-celah bulunya. Ia juga dapat merangsangkan pertumbuhan kebiasaan semula jadinya.

Maklumat lain yang berguna

Apabila anak ayam sudah membesar, anda hendaklah menambah peralatan sedia ada. Selalunya pertumbuhan atau pertukaran pada peralatan anak ayam ini boleh dilakukan apabila anak ayam berusia dua setengah bulan dan seterusnya.

Sumber haba
Tukarkan mentol 15 kepada 10 watts. Ini kerana anak ayam yang sudah membesar mempunyai banyak bulu. Bulu-bulu ini dapat membantu dengan memastikan anak ayam sentiasa berada pada suhu yang sesuai. Ini dilakukan sehingga usia ayam mencapai dua setengah hingga tiga bulan serta bulu tumbuh sepenuhnya.


Bekas makanan dan minuman
Apabila ayam serama semakin membesar, anda perlu menukarkan kepada bekas yang lebihbesar bersesuaian dengan ketinggian dan perkembangan serta tabiat makan anak ayam. Pengawasan yang teliti terhadap makan dapat menentuan saiz terbaik bagi anak ayam tersebut.

PART 1 SERAMACJK

Tahukah anda...

Soalan

Apakah punca-punca kematian ayam serama?

1. Kelalaian pemiliknya
2. Kelalaian pemiliknya
3. Kelalaian pemiliknya
4. Wabak penyakit

Huraian
Antara kelalaian pemilik ayam serama ialah diantaranya....

1. Pengetahuan yang cetek perihal simptom awal ayam yang berpenyakit.
2. Kebersihan, persekitaran dan kedudukan reban tidak sesuai.
3. Penggunaan suppliment dan ubat-ubatan yang tidak berjadual.
4. Kurang pengetahuan merawat ayam yang bermasalah.
5. Pengetahuan mengenai nutrisi makanan yang tidak sesuai dengan umur ayam.

Oleh itu, tingkatkan pengetahuan anda mengenai keperluan seekor ayam serama. Hubungi individu yang benar2 berkelayakan seperti Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk mengetahui lebih lanjut perihal ternakan unggas walaupun anda cuma ada seekor ayam!

Terdapat banyak laman web yang dapat meningkatkan pengetahuan anda mengenai ternakan unggas ini. Selongkar dan jelajahinya dengan perasaan ingin tahu yang tinggi. Jangan lupa, kongsi pengetahuan yang anda perolehi dengan rakan2 yang lain ;)

Tahukah anda bahawa dengan sekali bersih sahaja virus bersin itu mampu membunuh sekumpulan gorila di hutan???

Tahukah anda bahawa ayam sakit mungkin bepunca dari anda sendiri sebagai vektor pembawa penyakit tanpa anda sedari???

MAKANAN TAMBAHAN

MAKANAN TAMBAHAN UNTUK SERAMACJK


Makanan seimbang adalah sangat penting bagi setiap kehidupan. Nutrien yang diperlukan oleh setiap organisma dan mikroorganisma adalah berlainan mengikut spesis. Ayam serama juga memerlukan makanan tambahan bagi mengekalkan keseimbangan nutriennya. Makanan tambahan serama adalah berlainan mengikut kaedah pemeliharaan yang diamalkan. Ayam yang 24 jam di kurung memerlukan makanan tambahan yang lebih berbanding ayam yang dibiarkan lepas.

Rumput merupakan nutrien asas yang perlu diambil oleh ayam serama. Ia bertindak sebagai agen serat yang membantu penghadaman. Kebiasaannya para breeder akan memberi makan rumput sekitar 2 kali seminggu dengan cara serkupkan ayam di atas rumput. Kerap kali juga ayam akan memakan batu-batu kecil yang juga merupakan dietnya.

CJK juga mengamalkan pemberian makanan tambahan kepada serama kesayangan. Gambar di atas menunjukkan pelbagai jenis dan setiapnya mempunyai kegunaannya yang tertentu. Di sini CJK ingin berkongsi serba sedikit pengalaman menggunakan makanan tambahan tersebut.
Serbuk merah dan putih ini CJK perolehi daripada Jabatan Veterinar Kelantan. Di sanalah CJ mendapat khidmat nasihat mengenai penyakit ayam. Pegawai veterinar telah membekalkan CJK dengan 3 jenis ubatan asas yang diberi secara percuma iaitu :

1. ERYTAMIN PD (serbuk merah)
Serbuk ini dicampurkan dengan air minuman harian serama dan bertindak sebagai multivitamin asas.

2.COCCIDINE PD (serbuk putih)
Ini merupakan antibiotik dan perlu diberi kepada serama yang menunjukkan tanda2 berpenyakit.

3.PIPERAZINE CITRATE (serbuk putih)
Ia bertindak sebagai pembunuh cacing dan perlu diberi 2 kali seminggu kepada serama yang hari2 dilepaskan di persekitaran yang kurang bersih.


Berikut ialah beberapa makanan tambahan yang di rekemen oleh kawan2 CJK untuk diberikan kepada serama. Petua ini CJK perolehi daripada penternak ayam sabung dimana ubatannya juga sesuai untuk serama tetapi dosnya berbeza.


Appeton ini diperlukan apabila ayam menunjukkan tanda2 kurang selera makan atau fizikalnya yang kurus. Penggunaan appeton ini harus dikawal kerana ayam akan cepat gemuk tetapi sihat. Ini adalah ubatan rahsia sebelum ke pertandingan bagi mereka yang ingin menambah berat serama untuk memasuki Kategori B!!!! Cara bancuhannya ialah di campur dengan air minuman dengan nisbah 1:10 Air minuman perlu ditukar setiap hari kerana akan masam pada keesokan harinya.







Softgel kapsul minyak ikan ini merupakan makanan tambahan yang paling kerap digunakan oleh setiap tuan serama tanding. Ia membantu mencantikkan bulu serta kecergasan ayam jika diberi dengan berterusan. Ada juga minyak ikan dalam bentuk cecair yang digunakan dengan cara mencampurkannya dengan makanan serama.




Ini adalah makanan tambahan dalam bentuk makjun yang sangat popular bagi penternak ayam sabung. Pemberian yang berterusan akan membuatkan serama sentiasa cergas dan sihat. Ada juga yang dibuat dalam bentuk biji.


Kapsul ini lebih dikenali dengan nama kapsul hijau putih. Ia merupakan antibiotik yang mudah didapati di farmasi dan biasanya digunakan untuk serama yang selsema dan murung. Tetapi AWAS!!! kapsul hijau putih ini boleh menjadi pembunuh dengan serta merta apabila diberikan pada serama yang tiada selera makan atau penyakit pada tahap kritikal. Ia hanya diberikan pada serama yang menunjukkan tanda2 tidak aktif. Cara yang paling selamat ialah campurkan ia ke dalam air minuman serama.




Walau apa pun makanan tambahan yang anda berikan perkara asas yang mesti dipatuhi ialah dos yang sesuai dengan ayam serama. Selain daripada itu, pemberian yang berterusan dan berjadual haruslah diamalkan supaya dapat memberi kesan yang maksimum. Disiplin yang tinggi merupakan kunci kepada kejayaan menternak serama juara. 

UBAT SERAMA

SEBAHAGIAN DARIPADA UBAT2 SERAMACJK



Seringkali anda akan panik apabila serama kesayangan sakit secara tiba-tiba. Pelbagai kaedah perubatan samada tradisional atau moden akan dilakukan. CJK sendiri kini telah menggunakan perubatan moden dalam bentuk suntikan dan serbuk campuran minuman. Perubatan ini ternyata berkesan untuk serama CJK dan kadar kematian terutamanya anak semakin berkurangan.
Dikesempatan ini CJK berkongsi pelbagai perubatan moden untuk serama. CJ banyak menggunakan jenama MEDION yang yang berasal dari Bandung Indonesia. Sementara jenis suntikan pula adalah dari jenama CARRINGTON.

1. Suntikan Vitamin B Complex 100ml
- Untuk serama yang pucat.
- Kurang selera makan.
- Supaya aym galak terutamanya sebelum tanding.

2. Suntikan Oxy-100 100ml
- Untuk penyakit CRD aym tercungap2.
- Selsema dan demam.

3. Vita Chicks 200gram
- Untuk anak ayam dan juga ayam dewasa.
- Vitamin
- Sesuai utk ank ayam baru menetas sehingga umur 2 bulan.
- Mengurangkan kadar kematian anak ayam.

4. Egg Stimulant 100gram
- Untuk induk bertelur
- Tingkatkan produksi bertelur.
- Memperpanjangkan masa produksi telur. Lebih banyak telur.
- Tahap kesuburan telur akan meningkat.

*** Produk no 3-4 adalah dalam bentuk serbuk dan perlu dicampur dengan air minuman ayam.

Untuk mengetahui lebih lanjut produk di atas sila buka link dibawah;
http://www.medionindonesia.com/pharmaceutical_products.asp

Lain2 ubatan juga CJK menerima tempahan dengan jenama MEDION seperti link di atas.
Strong Egg 100g - Untuk masalah telur lembik habis stok!!

Testimonial
Sejak CJK menggunakan VITA CHICKS selama hampir 2 bulan peratusan anak yang menetas sgt memberansangkan.Tiada lagi anak yang mati sehingga 2 bulan ini. VITA CHICKS ini juga CJK gunakan sebagai makanan harian iaitu dengan cara campur sekali dengan dedak makanan anak ayam. Anda harus mencubanya....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...