Jumlah Paparan Halaman

SELAMAT DATANG KE SERAMA CJ KEDAMAIAN.

BERKONGSI MINAT DALAM DUNIA SERAMA.

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Jumaat, 31 Disember 2010

SINAR 2011

Kalau tidak kerana ayam
Manakan tahu hari dah pagi
Kalau lah tidak kerana minat mendalam
Manakan serama cjk muncul disini....

Selamat menyambut tahun baru 2011 kepada semua kawan2 dan semua yg melawati blog seramacjk. Minat yang mendalam kepada ayam serama telah membuatkan CJK membeli sepasang induk dari Kelantan dan menambah 2 lagi induk dari Terenganu yang dikatakan berdarah limbat+besi buruk. Selama setahun menjaganya, pelbagai dugaan yang ditempuhi terutama anak-anak yang keluar tidaklah sehebat ayam2 serama di meja pertandingan. Ada juga yg mati akibat penyakit. Apapun yang terjadi CJK mengharunginya dgn tabah. Namun kelebihan seramacjk adalah dari segi jinak sehinggakan boleh dibelai.

Hasil daripada melayari blog2 otai ayam serama, banyak ilmu yg boleh dan telah dipelajari dan akhirnya keluarlah satu baka yg dipanggil besi peluru
BESI PELURU
  
dan generasi kedua pulak masih dalam perhatian. walaubagaimana pun CJK tetap ingin mencari serama daripada geng2 serama yang boleh dikatakan terjamin baka keturunannya.

CJK pun tidak sangka boleh terhasilnya blog seramacjk ini kerana CJK sendiri bukan lah arif dalam bab2 internet ini. so inilah permulaan serama CJK bagi tahun 2011. Semoga segala infomasi dalam serama CJK ini boleh dimanafaatkan bersama dan mohon maaf sekiranya menyinggung mana2 pihak. Banyak jugak info yang CJK postkan adalah dicopy paste, jd geng2 serama janganlah marah. Ini semua adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan peminat2 serama seluruh dunia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...