Jumlah Paparan Halaman

SELAMAT DATANG KE SERAMA CJ KEDAMAIAN.

BERKONGSI MINAT DALAM DUNIA SERAMA.

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Selasa, 16 Ogos 2011

Hasil Breeding Pertama...

Kali ini CJK tunjukkan hasil cross breeding yg pertama... Bapak Limbat + Induk Champion Tumpat. Bapak limbat ini telah dikawinkan dengan 4ekor induk champion tumpat secara berasingan. Induk Champion Tumpat ini bukanlah baka tersohor pada zaman kini. tetapi pada era 90-an dia antara induk2 yg paling hebat. Hasil yang dapat CJK perhatikan anak yg keluar dibawah ini pelbagai patern, sama ada dari segi eksoseri dan juga gaya. Adalah 2/3 ekor yg bergaya dan akan diberi perhatian lepas raya nanti. Sekira percubaan breed ini tidak memuaskan hati CJK maka ????... walaupun begitu CJK telah membuat keputusan akan menyimpan juga baka ini sebab bapak limbat tersebut telah pun mati pada minggu lepas. Harap anak2nya dengan induk baka cikgu Loh akan menetas beberapa hari lagi. Sebenarnya Induk baka kelabu inilah yg dinanti2kan oleh CJK hampir setengah tahun, lebih2 lagi dikawinkan dengan bapak limbat yg mati itu. sedih jugak lah sebab bapak limbat itu adalah hasil pemberian seseorang yg sangat baik hati.

Anak pertama : Lahir 4 ekor dan sekor anok tino tur sangat menarik dari segi gaya badan dan berjalan. tunggu lah nanti CJK akan postingkan photo2 nya.









Anak Kedua : menetas dari 2 induk tetapi masih lagi mengekalkan baka yg sama. ada 2ekor yg nampak ketara berlainan. Manakala yg jantan belakang tur akan diberi perhatian.









Anak ketiga ini masih lagi dari baka yg sama. macam2 ado...









Kalau ada rezeki tunggu kemunculan anak2 Bapak Limbat + Induk Kelabu. Sekian assalam....




Isnin, 15 Ogos 2011

Madu 5

Inilah bakal anak2 dara yg akan dikawinkan dengan New Irama selepas raya nanti. Harap2 anak generasi pertama induk2 terpilih ini akan mengeluarkan anak2 yang berpotensi.
Di mana New Irama tak muncul2... ada kat bawah tur tp kena older post lah sbb malas nak update gambar yg sama.

Isnin, 1 Ogos 2011

New Jaya Semakin Membesar...

Walaupun Tidak Tarik dan Tidak Selam namun kehadirannya sudah cukup untuk menghilangkan penat seharian bekerja.. Sekadar sedak mata memandang di petang hari. Sebenarnya New Jaya sangat memerlukan latihan, CJK terlalu sibuk pada bulan lepas. Insyallah New Jaya semakin berpotensi untuk memenuhi undangan2 ke bon pertandingan lepas raya nanti....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...