Jumlah Paparan Halaman

SELAMAT DATANG KE SERAMA CJ KEDAMAIAN.

BERKONGSI MINAT DALAM DUNIA SERAMA.

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Jumaat, 30 September 2011

KIJANG MAS

Ayam berasal usul daripada baka Husin. CJK namakan Kijang Mas senpena susur galurnya drpd baka Husin Kijang, mempunyai bentuk badan yg halus dan sangat menarik. Walaupun ayam tidak tarik selam namun sesiapa saja yg memandang pasti teruja dgn bentuknya yang kecil halus.. anak pertamanya baru berumur seminggu. alhamdullillah ada 3ekor bersama induk kelabu Cikgu Loh.


















Kijang Mas suka sangat mengangkat kaki sebelah





























Rabu, 28 September 2011

Mas Putih

Satu-satunya anak dara gemulah bapak Limbat dengan induk champion Tumpat yg CJK simpan... Walaupun Mas Putih dari darah induk yg huduh2, malah dikatakan dari cuting ayam serama dulukala namun CJK tetap menyimpannya untuk ekperimen. dengan ini maka berakhirlah baka champion tumpat pure direban CJK. Mas Putih saja lah yg tinggal sbg kenang-kenangan. tgk lah anak2nya nti dgn bapak2 terkini.

Sabtu, 24 September 2011

SUPER BLACK- SeramaCJK

Diberi nama Super Black. Dalam kesibukan dia lah penyeri reban yg memberi kedamaian. Ayam masih belum siap namun aksi2nya sangat mengkagumkan. Beberapa photo Super Black yg diambil hanya menggunakan hp csl.

Baru  lepas di mandikan. Hampir 2 bulan ekor meluruh dan kini baru mula nak tumbuh.

                                                                                            
Kibasan Melonjak yg jarang2 boleh dilihat.















Postur badan yg agak kuat. Sesuai untuk dijadikan pembaka.

































Rabu, 21 September 2011

Yang di Tunggu sudah muncul...

Ini lah anak pertama (5 ekor) yg dinanti-nanti2kan sekian lama dalam projek uprade seramaCJK. Nyata sekali byk perbezaan yg ketara berbanding anak2 baka dahulu dan yg terpilih (skarang). Anak2 A ini adalah hasil dari pembaka Hussin + Induk Rejet.


Mempunyai lonjakkan badan yg sangat tinggi, bulu yg kemas dan keterampilan yg menonjol. tak tahu lah jantan ke betina.














Tubuh rendah sedikit shj, Gaya lonjakan yg sama, kuat memanggil sbb masih lagi bersama ibunya. Perangai dan gaya agak garang. Berwarna kuning. masih tak pasti jantan betina. emm..













Mempunyai tubuh slim dan kuat jinjing, pandai bergaya dan tidak turun meja walaupun kali pertama berjauh dgn ibu. harap2 ikut ciri2 bapaknya (New Irama)... adik beradik New Irama dgr khabar sudah mula beraksi di meja pertandingan serama. dan salah sekornya telah dijual dgn harga yg sangat tinggi.. Tak payahlah CJK sebut....











Sama juga.. mempunyai gaya lonjak yg tinggi. baru saja segar krn paruhnya digigit nyamuk.














Mungkin ini yg bongsu, sangat susah untuk diambil gambar krn mek ini malas nak bangun. satu2 yg jelas betina... berpuluh2 CJK snap photonya hingga sampai ke senja. susah betul. memang menguji kesabaran..











Kemungkinan besar 4 ekor anak diatas adalah jantan. dan mungkin semuanya berwarna pinang masak muda..

Ahad, 18 September 2011

New Jaya

Sudah seminggu New Jaya dikawinkan dengan induk dara pilihan. ada sedikit perubahan yg berlaku pada new jaya. Perangai dan tariknya semankin ke depan. Harap2 ada benih dr new jaya yg menjadi.


Umur baru 6 bulan.. ekor masih belum meluruh.















Rabu, 14 September 2011

Baka Kelabu

Umur lebih kurang 4bulan, ayam berasal dari batu rakit Kuala Terengganu. Ayam sangat kuat dan suka mematuk tangan tuan. Perangai baru nak datang tetapi kurang mengibas. Akan menjadi pembaka utama di reban SeramaCJK.













Walaupun tidak sempat dimandikan lagi. namun ayam sudah pandai bergaya dan mudah untuk mengambil gambarnya.











Anak dari hasil reban sendiri. Tinggal sekor saje, adik beradiknya sepasg sudah diambil org. Baru jer datang perangai ciri2 gemulah bapaknya "limbat" jelas pada gaya berjalan. Tp CJK tak tahu lg apa akan jadi sbb induknya tidaklah sehebat mana lgpun inilah generasi pertama projek uprade seramaCJK. tgklah bila dewasa nti. Bapaknya baka limbat + induk Champion Tumpat. Masih byk lagi photo2 anak gemulah bapak limbat akan muncul, kalau ada masa CJK akan posting pada masa akan datang. CJK juga tidak sabar melihat anak2 terakhir baka limbat ini bersama induk kelabu cikguloh. Baru umur 3minggu, ada 3ekor shj. harap2 ada jantan sekor...
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...