Jumlah Paparan Halaman

SELAMAT DATANG KE SERAMA CJ KEDAMAIAN.

BERKONGSI MINAT DALAM DUNIA SERAMA.

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Khamis, 23 Januari 2014

Anak2

Syukur Alhamdulillah.. ini lah anak pertama yg menetas selepas banjir. saat ini sangat ditunggu2 oleh cjk... maklumlah reban dah rasa sunyi, tambahan pula semua anak2 sebelum ini mati lemas semasa banjir... "dlm kegembiraan ada kesedihan, dalam kesedihan pula ada kegembiraan". beberapa hari sebelum menetas anak ini, bapak nya pergi buat selama2nya. pembaka ini satu2nya pembaka Husin King direban cjK. 2 induk lagi sedang mgeram anak generasi HK. harapan ada yg jantan untuk penyambung warisan Husin King.



anak ke-2 menetas .. induk kelabu+bapak Mat Sidai. pembaka baru yang cj hendak tengok sangat generasinya bila digabungkan dengan induk2 direban cjk sendiri.


anak ke-3 menetas pada minggu ini. menetas 9 ekor anak2 pembaka Pak Abu bersama induk husin.








anak ke-4 menetas minggu ini. juga anak kepada pak Abu. semoga anak2 ini semua dapat membesar dgn sihat.

Ahad, 12 Januari 2014

JULIA ROSE

Bakal mewarnai anak anak di reban cjk pada tahun ini. Satu lagi projek 2014...














Rabu, 8 Januari 2014

MAT FLOOD

Assalamualaikum dan Morning. terlebih dahulu cjk memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana diberi kesempatan untuk bermain serama.

Lahir dikala banjir besar melanda Kuantan, lebih tepat di teratak Permatang Badak Indah, lahir 5 beradik mati tiga ekor. CJK namakan dia sebagai MAT FLOOD... harap2 male lah. Andaikata betina jadilah dia Mek Flood. anak kpd Pak Abu + Induk Husin King. Adakah? warnanya menjadi rinting atau kelabu menjadi persoalan?? menpunyai sepasang kaki dan paruh seperti Abu Libas.. cuma bulu eksesori campuran husin.

 Dialah penawar duka, Dialah penawar hati. Apa tidaknya sudah menjadi kebiasaan sebelum banjir, reban cjk tak sunyi dari keriuhan 20-30 ekor anak a dan anak b. Sekarang hanya mereka berdua shj yg tinggal. CJ fokuskan kpd Mat Flood kerana dia dah pandai menunjukkan diri. adiknya masih malu2..
Breeding serama sesungguhnya memerlukan kesabaran.. Alhamdulillah buat masa ini sudah 7 ekor induk sedang mengeram. Mat Flood pasti akan mendapat adik2 dan anak2 sedara yg baru tidak lama lagi. dan seterusnya kembalilah kemeriahan suara2 kecil di reban SeramaCJK.

Rabu, 1 Januari 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Assalamualaikum... Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua rakan yg sudi berkongsi dgn cjk. Terlebih dahulu CJK memohon maaf sekiranya ada tersalah dan silap sepanjg 2013 dan sebelumnya. Semoga tahun baru ini kiter semua lebih sukses dan dirahmati Allah SWT.

Hampir sebulan juga CJK tidak dapat mencoret di ruangan blog ini kerana keadaan tidak mengizinkan akibat dilanda banjir besar pada 3 Dec 2013 baru2 ini.

Sedikit Catatan pada hari tersebut:

3 Dec
9.00 pagi- macam biasa cj sempat bersarapan dan melihat keadaan banjir dikg sebelah kawasan Bukit Rangin dan Pandan. dekat rumah cj kawasan tinggi sedikit so ingat takde apa.

12tghr- dlm keadaan selamba nak balik rumah tiba2 air sudah melintas jalan di laluan kerumah cj. sedikit kelam kabut kerana air sudah naik... pada saat ini CJK tidak berani lagi memasuki dgn kereta. parking kereta dan berjalan bersama anak dan isteri menuju kerumah jarak lebih kurg 200m. samapi di rumah terus mengangkat barang dan persiapan untuk ayam serama. Mengambil kira banjir besar pada 2000 pada paras pinggang CJ mula mengalih Ayam2 sedikit tinggi pada paras pinggang. kemudian mula mengalihkan kereta satu ke Sg isap 2 dan sebuah lagi ke Dewan Permatang Badak. Motosikal juga dibawa keluar. semua ini dengan bantuan adik ipar.



4 ptg - air mula sampai kehadapan rumah.. kawasan perumahan sg isap pasti dah ada yg tenggelam. pada masa ini sehinggalah malam semua barang2 sudah diangkat melebihi sedikit pada paras pinggang.


4 Dec
2.00pg air mula memasuki rumah.. CJK mula keluar untuk ke rumah emak mertua membawa anak isteri.


4pg - CJ mula meminta bantuan jiran meminjam bot untuk keluar ke Dewan Permatang Badak. memandang ada 4 keluarga CJK dan jiran2. keadaan mengambil masa sehingga ke waktu subuh. air mula menjejak pada paras dada. selesai subuh ingin bergerak ke pusat pemindahan Bukit Rangin tetapi jalan sudah tidak boleh dilalui dan terpaksa berpatah balik dan memasuki SK Permatang Badak. Pada 8.00pagi hingga 12mlm keadaan memang kelam kabut disemua tempat kerana air naik dengan cepat. ditambah pula dengan tiada bantuan dari segi makanan dan pengangkutan. keadaan makin meruncing. kedai2 semua kehabisan bekalan... pada malam tersebut CJ sempat mencari makanan di Masjid kg sebelah dgn meredah banjir. semua itu untuk anak2 yg kelaparan di SK Permatang Badak. selama 6hr 5mlm CJK di SK Permatang Badak.
Rumah Jiran sebelah.. air dikatakan naik 2kaki lg masa pasang.


Itulah serba sedikit coretan CJ menutup tirai 2013. Assalamualaikum
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...