Jumlah Paparan Halaman

SELAMAT DATANG KE SERAMA CJ KEDAMAIAN.

BERKONGSI MINAT DALAM DUNIA SERAMA.

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Rabu, 1 Januari 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Assalamualaikum... Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua rakan yg sudi berkongsi dgn cjk. Terlebih dahulu CJK memohon maaf sekiranya ada tersalah dan silap sepanjg 2013 dan sebelumnya. Semoga tahun baru ini kiter semua lebih sukses dan dirahmati Allah SWT.

Hampir sebulan juga CJK tidak dapat mencoret di ruangan blog ini kerana keadaan tidak mengizinkan akibat dilanda banjir besar pada 3 Dec 2013 baru2 ini.

Sedikit Catatan pada hari tersebut:

3 Dec
9.00 pagi- macam biasa cj sempat bersarapan dan melihat keadaan banjir dikg sebelah kawasan Bukit Rangin dan Pandan. dekat rumah cj kawasan tinggi sedikit so ingat takde apa.

12tghr- dlm keadaan selamba nak balik rumah tiba2 air sudah melintas jalan di laluan kerumah cj. sedikit kelam kabut kerana air sudah naik... pada saat ini CJK tidak berani lagi memasuki dgn kereta. parking kereta dan berjalan bersama anak dan isteri menuju kerumah jarak lebih kurg 200m. samapi di rumah terus mengangkat barang dan persiapan untuk ayam serama. Mengambil kira banjir besar pada 2000 pada paras pinggang CJ mula mengalih Ayam2 sedikit tinggi pada paras pinggang. kemudian mula mengalihkan kereta satu ke Sg isap 2 dan sebuah lagi ke Dewan Permatang Badak. Motosikal juga dibawa keluar. semua ini dengan bantuan adik ipar.



4 ptg - air mula sampai kehadapan rumah.. kawasan perumahan sg isap pasti dah ada yg tenggelam. pada masa ini sehinggalah malam semua barang2 sudah diangkat melebihi sedikit pada paras pinggang.


4 Dec
2.00pg air mula memasuki rumah.. CJK mula keluar untuk ke rumah emak mertua membawa anak isteri.


4pg - CJ mula meminta bantuan jiran meminjam bot untuk keluar ke Dewan Permatang Badak. memandang ada 4 keluarga CJK dan jiran2. keadaan mengambil masa sehingga ke waktu subuh. air mula menjejak pada paras dada. selesai subuh ingin bergerak ke pusat pemindahan Bukit Rangin tetapi jalan sudah tidak boleh dilalui dan terpaksa berpatah balik dan memasuki SK Permatang Badak. Pada 8.00pagi hingga 12mlm keadaan memang kelam kabut disemua tempat kerana air naik dengan cepat. ditambah pula dengan tiada bantuan dari segi makanan dan pengangkutan. keadaan makin meruncing. kedai2 semua kehabisan bekalan... pada malam tersebut CJ sempat mencari makanan di Masjid kg sebelah dgn meredah banjir. semua itu untuk anak2 yg kelaparan di SK Permatang Badak. selama 6hr 5mlm CJK di SK Permatang Badak.
Rumah Jiran sebelah.. air dikatakan naik 2kaki lg masa pasang.


Itulah serba sedikit coretan CJ menutup tirai 2013. Assalamualaikum
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...