MAKANAN TAMBAHAN UNTUK SERAMACJK
Makanan seimbang adalah sangat penting bagi setiap kehidupan. Nutrien yang diperlukan oleh setiap organisma dan mikroorganisma adalah berlainan mengikut spesis. Ayam serama juga memerlukan makanan tambahan bagi mengekalkan keseimbangan nutriennya. Makanan tambahan serama adalah berlainan mengikut kaedah pemeliharaan yang diamalkan. Ayam yang 24 jam di kurung memerlukan makanan tambahan yang lebih berbanding ayam yang dibiarkan lepas.
Rumput merupakan nutrien asas yang perlu diambil oleh ayam serama. Ia bertindak sebagai agen serat yang membantu penghadaman. Kebiasaannya para breeder akan memberi makan rumput sekitar 2 kali seminggu dengan cara serkupkan ayam di atas rumput. Kerap kali juga ayam akan memakan batu-batu kecil yang juga merupakan dietnya.
Rumput merupakan nutrien asas yang perlu diambil oleh ayam serama. Ia bertindak sebagai agen serat yang membantu penghadaman. Kebiasaannya para breeder akan memberi makan rumput sekitar 2 kali seminggu dengan cara serkupkan ayam di atas rumput. Kerap kali juga ayam akan memakan batu-batu kecil yang juga merupakan dietnya.
CJK juga mengamalkan pemberian makanan tambahan kepada serama kesayangan. Gambar di atas menunjukkan pelbagai jenis dan setiapnya mempunyai kegunaannya yang tertentu. Di sini CJK ingin berkongsi serba sedikit pengalaman menggunakan makanan tambahan tersebut.
Serbuk merah dan putih ini CJK perolehi daripada Jabatan Veterinar Kelantan. Di sanalah CJ mendapat khidmat nasihat mengenai penyakit ayam. Pegawai veterinar telah membekalkan CJK dengan 3 jenis ubatan asas yang diberi secara percuma iaitu :1. ERYTAMIN PD (serbuk merah)
Serbuk ini dicampurkan dengan air minuman harian serama dan bertindak sebagai multivitamin asas.
2.COCCIDINE PD (serbuk putih)
Ini merupakan antibiotik dan perlu diberi kepada serama yang menunjukkan tanda2 berpenyakit.
3.PIPERAZINE CITRATE (serbuk putih)
Ia bertindak sebagai pembunuh cacing dan perlu diberi 2 kali seminggu kepada serama yang hari2 dilepaskan di persekitaran yang kurang bersih.
Berikut ialah beberapa makanan tambahan yang di rekemen oleh kawan2 CJK untuk diberikan kepada serama. Petua ini CJK perolehi daripada penternak ayam sabung dimana ubatannya juga sesuai untuk serama tetapi dosnya berbeza.
Appeton ini diperlukan apabila ayam menunjukkan tanda2 kurang selera makan atau fizikalnya yang kurus. Penggunaan appeton ini harus dikawal kerana ayam akan cepat gemuk tetapi sihat. Ini adalah ubatan rahsia sebelum ke pertandingan bagi mereka yang ingin menambah berat serama untuk memasuki Kategori B!!!! Cara bancuhannya ialah di campur dengan air minuman dengan nisbah 1:10 Air minuman perlu ditukar setiap hari kerana akan masam pada keesokan harinya.
Softgel kapsul minyak ikan ini merupakan makanan tambahan yang paling kerap digunakan oleh setiap tuan serama tanding. Ia membantu mencantikkan bulu serta kecergasan ayam jika diberi dengan berterusan. Ada juga minyak ikan dalam bentuk cecair yang digunakan dengan cara mencampurkannya dengan makanan serama.
Ini adalah makanan tambahan dalam bentuk makjun yang sangat popular bagi penternak ayam sabung. Pemberian yang berterusan akan membuatkan serama sentiasa cergas dan sihat. Ada juga yang dibuat dalam bentuk biji.
Walau apa pun makanan tambahan yang anda berikan perkara asas yang mesti dipatuhi ialah dos yang sesuai dengan ayam serama. Selain daripada itu, pemberian yang berterusan dan berjadual haruslah diamalkan supaya dapat memberi kesan yang maksimum. Disiplin yang tinggi merupakan kunci kepada kejayaan menternak serama juara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan